Wednesday, January 9, 2019

Assalamualaikum buat semua warga "Pondok" agak begitu lama tak mengaktifkan diri dalam laman blog yang disediakan oleh abang lil....terasa kini untuk mengaktifkan nya semula....
Sekurang-kurangnya bagi mengisi masa terluang di pejabat sementara menanti waktu balik....

2019 baru saja berada diawalnya...hari ini baru 9.1.2019....Bermakna Di berada di MMKL ni sebagai pengetua selama 7bulan 9 hari..Kalau nak ikutkan banyak juga luahan yang nak Di coretkan dalam laman ni....Bermula dari bagaimana bermulanya berlaku pertukaran dari sekolah harian biasa  ke SABK...Segalanya macam tak percaya ... tapi itulah perancangan Allah ke atas hambaNya... Apapun Di bersyukur atas segala perancangan Ilahi ke atas diri ini.

Namun begitu terasa juga  kebimbangan atas anugerah ini sama ada dikira sebagai ujian untuk Di hadapi ataupun sebagai nikmat untuk Di rasai...Apapun Allah nak tengok sejauh mana kesyukuran yang kita lafazkan atas segalanya.... Alhamdulillah....


4 comments:

  1. Assalamualaikum buat semua ahli pondok... Alhamdulillah sama-sama kita rafakkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan inayahNaya sekali lagi kita dapat bertemu dalam ruangan ini...Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesempurnaan yang baik.Alhamdulillah dalam cuti tahun baru cina baru-baru ni sempat abang Lil,abang Cha dan Di bersama YB Paklang Hasbullah melakukan ziarah mencari keluarga.... Dengan izin Allah kita dapat berjumpa dengan sepupu mak yang masih sihat ....kini menetap di Kampong Perak dan juga di Jelai.Insyaallah kita berhasrat untuk melakukan kunjungan muhibbah sekali lagi .kali ini melibatkan semua keluarga .....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Buat semua warga pondok....untuk makluman semua pagi tadi Abg Cha,Di Dan Mizi sempat pergi ziarah allahyarham pakcik Redho....di tanjong pauh Mitra...kami juga sempat solat jenazah Dan berjumpa dgn make teh,makchak,mak anjang Dan ramai lagi....semoga rohnya pakcik ditempatkan bersama orang beriman

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    4 Disember 2019... SMA Islahiah
    Terfikir untuk aktifkan semula Blog yang agak lama tak dijengah...Terasa boring juga petang-petang ni kat sekolah... godampilah koputerni....
    Ikutkan kerja tu ada tapi....tak tau nak mula tang mana...
    Dok belek whassup ramai dah kawan-kawan npqel dari kelantan hari ni dapat memo penempatan sebagai pengetua...alhamdulillah
    Tadi tengah hari sempat lagi dengan abang cha pi makan di nasi ayam periok besaq... ok la pasai tengah lapaq habis juga sepinggan...Abang cha terus pi solat jenazah sahabat dia abang Jasni di masjid air merah kulim....
    Alhamdulillah kenyang dah mula naik kemata.... gagah juga la dok tahan supaya tak lena....

    ReplyDelete
  4. Jumaat 10.12.2021 / 5 Jamadil Awal 1443
    Hari ni giliran aku bertugas di masjid.....pagi tadi subuh alhamdulillah semapat sampai masjid untuk imam solat subuh.bangun agak lewat....semalam aku sempat hadir majlis bersama Baba Ridhaudin di Pondok Kubang Ulu Penanti....Aku hadir dalam masjlis Ijazah Kitab Allah :Syariat & Hakikat oleh pengarangnya Walid Al Malik.....

    Alhamdulillah bagi aku satu majlis yang cukup bermakna dan penuh keberkatan Ilahi....Terima kasih Wan Adam dan Azri yang mengajak aku untuk bersama dalam majlis tersebut....Orang yang hadir memang ramai....Semuanya pemcinta Ilmu dan pemburu hakikat insan yang kerdil disisi Rab..

    Berjumpa dengan ustaz azhan....sempat berbual panjang dengan dia dan terus ke warong untuk minum dan sembang...Jam 12 malam baru bertolak balik...Sebab tu terlewat sikit bangun untuk subuh....apapun alhamdulilah sempat juga jadi imam.

    Awal subuh dah ada yang laporkan isu bentang sejadah....aku dah maklum kepada adam dan maktam bariah....mungkin ada salah faham sikit...bagi aku orang nak tolong buat apa salahnya...bukan minta duit pun...tapi tulah....orang tak sama...

    Isu bilal nak berhenti...hj wahid juga bermain dalam minda ...alhamdulillah lepas subuh aku sempat berjumpa dengan kamal....berbincang dengan dia...syukur dia bersetuju untuk gantikan hj wahid....cuma perlu dibawa msyuarat...

    ReplyDelete