Tuesday, April 27, 2010

KHASIAT GARAM BUKIT

Sari dua ni pak long tengah dok cuba khasiat garam bukit. kita kena ingat setiap makanan yang kita makan, belum tentu memberi khasiat yang baik. setiap air yang kita minum, belum tentu mampu memberi tenaga energy kepada kita . Makanan yang kita makan lebih banyak racun dari khasiat sebenar. Air yang kita minum sekarang ini lebih banyak klorin dari kandungan sebenar H2O. Akhirnya dalam badan kita banyak toksid.

Masa pak long merayau di market serdang baru-baru ini, pak long tengok orang jual ubat (garam bukit). Pak long beli 3 bungkus harga rm 10.00 saja. Balik cuba tengok rendam kaki dengan garam bukit. Dah 3 kali cuba. Kali pertama cuba memang ada rasa beza dia. Badan rasa ringan sikit (macam nak boleh terbang, tapi x sayap). Kalau nak uummm, campur dengan ais batu. huuuuuuuuuu x tau nak habaq.

rawatan kesihatan garam bukit. nak buang toksid dalam badan.

Pak Long cuba dengan air panas suam, tak berapa sedap. tapi bila campur ais batu, ada kesan dia. Nak tau cuba. Kalau tak tahan angkat kaki cepat-cepat....
atau kalau nak maklumat lanjut layari website di bawah :-

http://www.freewebs.com/mahfuzah/index.htm

selamat mencuba.


CARA GUNA.

Dilarutkan dlm secawan air panas, diminum setiap pagi atau setiap masa, baik utk tulang, batuk. kurang daya ingatan, selalu mengantuk, cirit birit, mencairkan kahak, baik pulih sistem penghadaman.

dilarut dalam air kelapa muda untuk karang atau racun. Untuk karang larutkan bersama tembikai.

larutkan dalam secawan kopi o utk mata kabur dan kencing manis. Amal selama 21 hari.

larutkan dlm air didih nasi, utk asma dan lelah.

tangas muka 5 minit, untuk resdong.

cuci muka dan kepala utk kulit mengelupas dan kelumumur.

KHASIAT RENDAMAN KAKI.

membantu melancarkan peredaran darah yg tersekat, kebas, sakit tumit, darah kebu, bengkak, sejuk kaki tangan, luka akibat kencing manis.

membantu mengeluarkan toksid dalam badan, melegakan kejangb otot atau gout.

membantu masalah kaki berbau, tumit pecah, cekam kuku dll.

Larutkan sedikit garam bukit menggunakan air panas, kemudian campurkan dengan air batu, rendam kaki selama lebihkurang 20 minit. Ulang selama 3 - 5 hari. (atau campur dedikit kapur makan dlm air tadi)

Insya Allah jika diizinkan Allah akan sembuh.

Dari Abdullah bin Umar, Sesungguhnya Allah telah menurunkan 4 barakah dari langit, iaitu besi, api, air dan garam. (maksud hadis)