Friday, August 13, 2010

SAYA SYAABAN.

Nama saya Syaaban. Saya ingin mengingatkan anda, bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda x lama lg bersama isterinya iaitu REZEKI & kedua anaknya SAHUR DAN IFTAR... Mereka akan ditemani oleh ketiga 3 cucunya,, Rahmat, Barakah & Keampunan...

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka & anda akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Nak tahu ganjarannya. renung-renung dibawah.

FADHILAT & KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda ;

Malam pertama : Bahawa pada malam pertama Ramadhan, diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Ke 2 : Diampun dosa org-org yang beriman yg mengerjakan solat tarawih, serta dosa kedua ibubapanya.

Malam Ke 3 : Para malaikat di bawsah 'Arasy menyeru kpd manusia yg mengerjakan solat tarawih agar meneruskan solatnya pd malam-malam yg lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Ke 4 : Orang-orang yg mengerjakan solat tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperfolehi oleh org-org yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5 : Allah s.w.t akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yg mengerjakan solat di Masjadil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6 : Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yg bertawah di Bailtul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yg mengerjakan tarawih pada makam itu.

Malam Ke 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

Malam Ke 8 : Allah s.w.t mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Ke 9 : Allah s.w.t mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Ke 10 : Allah s.w.t mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Ke 11 : Ia meninggal dunia didalam keadaan yang bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Ke 12 : Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ke 13 : Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14 : Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah s.w.t. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Ke 15 : Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursiakan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Ke 16 : Allah s.w.t. menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ke 17 : Allah s.w.t. menuliskan baginya pahala pada malam itu sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam Ke 18 : Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)

Malam Ke 19 : Allah s.w,t. akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam Ke 20 : Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

Malam Ke 21 : Allah s.w.t. akan membina untuknya sebuah mahligai didalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Ke 22 : Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman dari sebarang huru hara pada hari tersebut.

Malam Ke 23 : Allah s.w.t. akan membina untuknya sebuah bandar didalam syurga dari cahaya.

Malam Ke 24 : Allah s.w.t. akan membuka peluang untuk dua pulus tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke 25 : Allah s.w.t. akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam Ke 26 : Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke 27 : Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Ke 28 : Allah s.w.t akan menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat.

Malam Ke 29 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ke 30 : Allah s.w.t akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud) Wahai hambaku. Makanlah segala jenis buah-buahan yang engakau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bersama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kaustar.