Saturday, September 1, 2012

Salam Aidil Fitri kepada semua adik-adik. Pihak  BEKAL mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua dengan UCAPAN MAAF  DZAHIR DAN BATIN.
Semuga RAMADHAN pada tahun ini kita mendapat keampunan dari ALLAH SWT.

La ni dah bulan SYAWAL. 2 bulan lagi kita akan sambut HARI RAYA HAJI pula,
10 Zulhijah tahun ni, ikut kalendar jatuh pada Hari Jumaat 26 Oktober 2012.
Dan kalau di izinkan Allah, Insya Allah abang lil dan Di dan bersetuju untuk kita buat KORBAN.
Dijangka pada hari raya kedua. Sabtu 27 Oktober 2012. Bertempat di rumah Di.

Jumlah untuk korban dah cukup. Yang bersetuju :-
1.   Abang Lil
2.   Di
3.   Man
4.   Cha
5.   Yong
6.   Uda
7.   Jiran Di.

Acara Korban akan diadakan pada Hari Sabtu 27/10/2012. sebelah pagi.
Kita adakan majlis tahlil dan takbir.

Jom sama-sama kita jayakan majlis KORBAN Kita tahun ni.




Monday, August 13, 2012

WAJAH BARU BEKAL

Dunia teknologi semakin canggih. Perubahan berlaku setiap masa dan setiap perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa pemikiran manusia semakin advance. Kadang-kadang perubahan itu perlu dimanfaatkan bagi melihat kehebatan Allah swt.

Untuk kali ini blog bekal juga berubah wajah. Walau bagaimanapun perubahan ini tidak menghilangkan identiti bekal.

Cuba-cuba nilai tengok wajah baru ini.

Tuesday, July 10, 2012

Pengumuman pada 14hb ini jam 11 pagi majlis bacaan yasin di rumah abang lil semua dijemput hadir.

Sebelah petang lepas asar bacaan yasin di rumah abang man dan sembang petang. semua dijemput hadir.
Assalamualaikum kepada semua keluarga tersayang.
selamat bertemu kembali di alam maya. Ramadhan kiian hammpir bertemu dengan kita.
Selamat berpuasa.
Kepada abang lil dan kak jah selamat menjalani ibadah umrah semoga diberkati Allah.

Wednesday, March 7, 2012

Kenduri Naik Rumah Baru (Beli)

Yah jemput kita semua ke rumah baru (beli) di Taman Kenari untuk majlis tahlil dan doa selamat pada malam esok (Jumaat) malam sabtu 8.3.2012 jam 8 malam

Semua dijemput hadir.