Monday, December 2, 2019
ATURAN DAN PERATURAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA HAJI AB LATEH (BEKAL)
Tajuk i) Aturan dan Peraturan ini adalah dinamakan Aturan dan
Peraturan bagi menjalankan aktiviti Badan Kebajikan Keluarga
Haji Ab Lateh (BEKAL)
Tujuan Tujuan Aturan dan Peraturan ini diujudkan adalah untuk :-
i) Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan faedah
kebajikan kepada ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Haji
Ab Lateh. Taarif kebajikan ini termasuk mana-mana ahli
yang memerlukan bantuan atau sumbangan.
ii) Mengujudkan hubungan silatul rahim yang lebih erat
dikalangan keluarga dengan memupuk semangat bekerjasama
berpasukan dan saling menyangi, menghormati dan membantu
antara satu sama lain.
iii) Badan Kebajikan Keluarga ini juga akan menjadi platform DAKWAH
kepada masyarakat setempat dan umat Islam seluruhnya.
Badan Kebajikan ini dilihat mempunyai tenaga dae' yang
boleh meneruskan platform tersebut.
iv) Matlamat dan tujuan Badan Kebajikan ini juga adalah selari
dengan ayat al-Quran surah Al-Mai'dah ayat ke 2 yang bermaksud
" Dan hebdaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
Kabjikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
betaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya"
v) Program "Usrah Bulanan Keluarga" perlu diadakian setiap
bulan seperti yang dilaksanakan sebelum ini bagi mengeratkan
lagi hubungan silatul rahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)