Friday, December 24, 2010

TAKZIAH

SELURUH KELURGA BEKAL MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA PAK NDAK DAN MAK NDAK ATAS KEMATIAN AYAHANDA PAK NDAK DAN MAK NDAK PADA 24.12.2010 BERSAMAAN 18 MUHARAM 1432.

SEMUGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ARWAH AYAHANDA PAK NDAK DAN MAK NDAK DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN MEREKA YANG BERIMAN.

AMIN YA RABAL ALAMIN.

Saturday, November 27, 2010

Selamat pulang

pihak keluarga mengucapkan selamat pulang kepada pak cik dan mak cik dari makkah.semoga beroleh haji yang mabrur.

Monday, October 4, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI PAK CIK & MAK CIK


Semua ahli keluarga Badan Kebajikan (BEKAL) mengucapkan selamat menjalani Ibadah Haji & Umrah pada Pak Cik Mizi dan Mak Cik Pizah yang akan berangkat ke Mekah Al-Mukaramah pada hari Selasa 19.10.2010 nanti. Kami doakan semuga mendapat haji yang mabrur.

Dan pada semua ahli Badan jangan lupa. 16.10.2010 hari sabtu jam 10.00 pagi ada majlis bacaan yasin dirumah Pak Cik Mizi.

Friday, August 13, 2010

SAYA SYAABAN.

Nama saya Syaaban. Saya ingin mengingatkan anda, bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda x lama lg bersama isterinya iaitu REZEKI & kedua anaknya SAHUR DAN IFTAR... Mereka akan ditemani oleh ketiga 3 cucunya,, Rahmat, Barakah & Keampunan...

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka & anda akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Nak tahu ganjarannya. renung-renung dibawah.

FADHILAT & KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda ;

Malam pertama : Bahawa pada malam pertama Ramadhan, diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Ke 2 : Diampun dosa org-org yang beriman yg mengerjakan solat tarawih, serta dosa kedua ibubapanya.

Malam Ke 3 : Para malaikat di bawsah 'Arasy menyeru kpd manusia yg mengerjakan solat tarawih agar meneruskan solatnya pd malam-malam yg lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Ke 4 : Orang-orang yg mengerjakan solat tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperfolehi oleh org-org yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5 : Allah s.w.t akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yg mengerjakan solat di Masjadil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6 : Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yg bertawah di Bailtul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yg mengerjakan tarawih pada makam itu.

Malam Ke 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

Malam Ke 8 : Allah s.w.t mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Ke 9 : Allah s.w.t mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Ke 10 : Allah s.w.t mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Ke 11 : Ia meninggal dunia didalam keadaan yang bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Ke 12 : Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ke 13 : Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14 : Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah s.w.t. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Ke 15 : Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursiakan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Ke 16 : Allah s.w.t. menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ke 17 : Allah s.w.t. menuliskan baginya pahala pada malam itu sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam Ke 18 : Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)

Malam Ke 19 : Allah s.w,t. akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam Ke 20 : Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

Malam Ke 21 : Allah s.w.t. akan membina untuknya sebuah mahligai didalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Ke 22 : Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman dari sebarang huru hara pada hari tersebut.

Malam Ke 23 : Allah s.w.t. akan membina untuknya sebuah bandar didalam syurga dari cahaya.

Malam Ke 24 : Allah s.w.t. akan membuka peluang untuk dua pulus tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke 25 : Allah s.w.t. akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam Ke 26 : Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke 27 : Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Ke 28 : Allah s.w.t akan menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat.

Malam Ke 29 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ke 30 : Allah s.w.t akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud) Wahai hambaku. Makanlah segala jenis buah-buahan yang engakau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bersama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kaustar.

Tuesday, July 13, 2010

KENDURI DOA SELAMAT

Majlis baca yasin dan doa selamat untuk syafiq
akan diadakan pada 22.07.2010, khamis malam
jumaat di Surau Kubu Gajah, lepas solat maghrib.
Semua keluarga dijemput.

KENDURI KAHWIN KAKAK & DIBAH

Sabtu 18.09.2010 (Sabtu)
Kutbah Nikah 17.09.2010 dan
18.09.2010.

Semuga diberkati Alllah s.w.t.

Tuesday, April 27, 2010

KHASIAT GARAM BUKIT

Sari dua ni pak long tengah dok cuba khasiat garam bukit. kita kena ingat setiap makanan yang kita makan, belum tentu memberi khasiat yang baik. setiap air yang kita minum, belum tentu mampu memberi tenaga energy kepada kita . Makanan yang kita makan lebih banyak racun dari khasiat sebenar. Air yang kita minum sekarang ini lebih banyak klorin dari kandungan sebenar H2O. Akhirnya dalam badan kita banyak toksid.

Masa pak long merayau di market serdang baru-baru ini, pak long tengok orang jual ubat (garam bukit). Pak long beli 3 bungkus harga rm 10.00 saja. Balik cuba tengok rendam kaki dengan garam bukit. Dah 3 kali cuba. Kali pertama cuba memang ada rasa beza dia. Badan rasa ringan sikit (macam nak boleh terbang, tapi x sayap). Kalau nak uummm, campur dengan ais batu. huuuuuuuuuu x tau nak habaq.

rawatan kesihatan garam bukit. nak buang toksid dalam badan.

Pak Long cuba dengan air panas suam, tak berapa sedap. tapi bila campur ais batu, ada kesan dia. Nak tau cuba. Kalau tak tahan angkat kaki cepat-cepat....
atau kalau nak maklumat lanjut layari website di bawah :-

http://www.freewebs.com/mahfuzah/index.htm

selamat mencuba.


CARA GUNA.

Dilarutkan dlm secawan air panas, diminum setiap pagi atau setiap masa, baik utk tulang, batuk. kurang daya ingatan, selalu mengantuk, cirit birit, mencairkan kahak, baik pulih sistem penghadaman.

dilarut dalam air kelapa muda untuk karang atau racun. Untuk karang larutkan bersama tembikai.

larutkan dalam secawan kopi o utk mata kabur dan kencing manis. Amal selama 21 hari.

larutkan dlm air didih nasi, utk asma dan lelah.

tangas muka 5 minit, untuk resdong.

cuci muka dan kepala utk kulit mengelupas dan kelumumur.

KHASIAT RENDAMAN KAKI.

membantu melancarkan peredaran darah yg tersekat, kebas, sakit tumit, darah kebu, bengkak, sejuk kaki tangan, luka akibat kencing manis.

membantu mengeluarkan toksid dalam badan, melegakan kejangb otot atau gout.

membantu masalah kaki berbau, tumit pecah, cekam kuku dll.

Larutkan sedikit garam bukit menggunakan air panas, kemudian campurkan dengan air batu, rendam kaki selama lebihkurang 20 minit. Ulang selama 3 - 5 hari. (atau campur dedikit kapur makan dlm air tadi)

Insya Allah jika diizinkan Allah akan sembuh.

Dari Abdullah bin Umar, Sesungguhnya Allah telah menurunkan 4 barakah dari langit, iaitu besi, api, air dan garam. (maksud hadis)

Friday, March 12, 2010

PERATURAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA

Nama : Peraturan ini dinamakan "ATURAN DAN PERATURAN BADAN
KEBAJIKAN KELUARGA HAJI AB. LATEH" atau BEKAL.

Tujuan : Membantu ahli khususnya keluarga dalam perkara kebajikan.
Mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.

Bayaran: Bayaran bulanan dikenakan sebanyak RM 20.00 sebulan bagi
Bulanan satu keluarga, tidak termasuk anak-anak yang sudah
bekerja.